Saya adalah salah seorang peserta yang hadir mendengar bicara tuan. saya kagum sebenarnya dengan cara penyampaian isi ceramah motivasi tadi. sebelum ini saya adalah seorang pelajar yang berada di ipt hanya untuk menghabiskan masa…saya tiada matlamat, tiada cita-cita. Hadir ke simposium kerjaya itu juga sekadar mengikut kawan.
Namun syukurlah kerana saya berpeluang mendengar input yang begitu merangsangkan saya untuk sedar dari tidur. sekarang saya tahu hidup saya bukan hanya untuk hari ini. terima kasih tak terhingga kepada pihak tuan dan syukur atas pemahaman yang diberikan olehNya kepada semua. merci.
~Alars, UKM~
Slot mengenali potensi diri adalah slot paling best dalam program simposium kerjaya hari tu..rasa masa pantas jer berlalu masa slot tersebut. Selepas slot tu saya mengharapkan slot berikutnya best macam slot ni tapi..harapan tidak kesampaian
…Tahniah dan terima kasih kepada Osman Affan kerana berjaya membawa slot itu menjadi slot yang paling best dan meninggalkan kesan positif serta semangat kepada kami.
~Hidayah Daud, UKM~
“Program ini amat memberangsangkan, seronok dan banyak faedah-faedah yang saya boleh nampak. Cara beliau berceramah seperti bercakap dengan kami, jelas dan kreatif, banyak contoh-contoh yang terbaik yang boleh diikuti dan diamalkan seharian. Program ini juga dapat menarik minat saya yang anti kepada ceramah. Walau apa pun, tahniah dan saya amat berterima kasih kerana sudi datang berceramah memberi kami lebih semangat untuk berjuang mendapat apa yang kami impikan.”
~Aida Zulinda Zabadi, UITM Johor~
“Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!”
~Nur Syazana Shanan, Universiti Darul Iman Terengganu~
“Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.”
~Noor Hafiza Othman, Universiti Darul Iman Terengganu~
“Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!”
~Nur Iffah Aziz, Universiti Darul Iman Terengganu~
“Wow! I’m speechless! Penceramah sangat mahir berkata-kata hinggakan semua yang diajarkan dipraktikkan oleh saya sampai sekarang.”
~Akmal Hadi Sulaiman, UITM Segamat Johor~
|
“En. Osman Affan menjalankan program ini dengan begitu interaktif sekali. Saya sangat berpuas hati kerana para pelajar dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh program ini.”
|
|
Pensyarah / Penasihat Program Usahawan Kreatif
|
|
Jabatan Syariah & Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
|
En Osman fasilitator yang ‘pleasant’. Penyampaian beliau berkesan dan banyak ilmu baru dapat ditimba bersama sesi beliau. Semoga maju jaya.~
|
~Cik Nasirah Bt.Megat Halim~
|
|
Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan
|
Program yang dijalankan oleh En Osman Affan teramat berguna untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam memantapkan keyakinan diri….. .
|
~En. Mohd Hairie B. Mohd Nashoha~
|
|
Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan
|
|
Testimoni Pelajar Sekolah Berasrama Penuh, MRSM Kota Putra, Besut Terengganu untuk program “SmartStudy Learning Skills ” oleh Osman Affan
|

“Program ini amat menyeronokkan. Selama ini saya tidak berminat untuk mendengar ceramah tetapi bersama En.Osman saya berasa begitu berminat dan bersemangat. Program ini telah banyak memberikan motivasi kepada saya. Lastly, I want to say this program is very exciting! Congratulation.”- Natrah bt Malek, MRSM Besut.
“Program ini sangat best. Saya suka En. Osman. Now, I know how to study smart and saya rasa lebih yakin untuk dapat yang terbaik dalam peperiksaan. Terima kasih kepada Cikgu Osman Affan.”- Nik Nurul Aizzah bt Nik Azme, MRSM Besut.
“Program bersama Encik Osman telah meningkatkan semangat dan keyakinan saya untuk menjadi orang berjaya.Ini memaparkan ceramah yang paling menarik, berkesan dan terbaik yang pernah saya sertai sepanjang di maktab ini.”- Nor Khoriha Elisya binti Mohd. Khori, MRSM Besut.
“Saya berasa sungguh seronok dan enjoy serta selesa bersama Cikgu Osman. Ini kali pertama saya berasa bersemangat mendengar motivasi. Cikgu Osman sungguh sporting dan baik. Diakhir kem ini, saya merasakan sesuatu semangat yang berkobar-kobar di dalam diri saya selepas bersama dengan Cikgu Osman. Terima kasih tidk terkira daripada saya.”- Muhammad Fareez b Che Kadir, MRSM Besut.

“Program ini amat MENAKJUBKAN. Program ini akan dapat mencungkil potensi diri dalam setiap individu. Program ini dapat meyakinkan diri dan mewujudkan semangat yang membakar diri ini untuk terus berjaya. Terima kasih en. Osman Affan.”- Muhammad Adli Fahmi bin Abd Rahman, MRSM Besut.
“Dulu saya fikir saya tak pandai, tapi En. Osman Affan telah membuktikan bahawa saya adalah pandai. Terima kasih Smart Study.”- Saiful Anuar bin Zulkarnain, MRSM Besut.
“Saya amat suka program ini bukan sahaja gaya En. Osman tetapi gaya beliau memberi ceramah. Memang best! One word that I had learned in this program is GREAT and absolutely this program is the greatest program.”- NorAisyah Adibah bt Abdullah, MRSM Besut.
“Happy dan terhibur. Tidak rasa bosan dan boleh menerima dengan baik, congratulations!! Pendekatan dengan pelajar amat bagus, kita semua dapat belajar dan tumpu perhatian tanpa rasa sangsi. Thanks for everything.”- Siti Nur Izzati bt Chik
“Program seperti ini sememangnya dinanti-nantikan saya untuk meningkatkan keyakinan diri dan semangat untuk berjaya disamping mendedahkan diri dengan cara belajar yang lebih berkesan. Tahniah kepada Cikgu Osman Affan”- Nor Syafiqah bt Zakaria, MRSM Besut.